Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL 1432 H / 2011 M



Setiap tanggal 12 Rabiul Awwal umat Islam bersama-sama menyambut Maulidur Rasul. Pelbagai acara dirangka khas bagi sambutan ini. Di segenap tempat, daerah dan segala ceruk rantau menyambut Maulidur Rasul. Pada siangnya diadakan perarakan, malamnya diadakan ceramah dan bermacam-macam lagi program diadakan sepanjang bulan Rabiul Awwal ini.
Tema pada tahun ini, 2011 ( 1 Malaysia 1 Ummah ) besar maknanya bagi umat Islam di Malaysia. Bukan tema yang diraikan tetapi roh perjuangan Rasulullah s.a.w yang patut menjadi ikutan. Jangan pula sekadar tema dibesar-besarkan kelak menjadi " lebih sudu dari kuah ".
Saban tahun kita meraikan sambutan ini dengan penuh meriah, tetapi adakah kita melakukan suruhan nabi kita? Adakah kita mengikuti segala ajaran Rasulullah s.a.w? Adakah kita hanya sekadar melaksanankan  pada waktu tertentu sahaja? atau hanya sekadar pelengkap kalendar Hijri sahaja?. Semuanya dapat  dilihat dan ditafsirkan dalam masyarakat kita hari ini. Islam diamalkan apabila berlaku dua perkara ini:
1. Perkahwinan iaitu apabila ada majlis perkahwinan barulah dijemput Tuan Imam dan Tuan Qadi mengadakan akad nikah, berzanji, marhaban dan lain-lain. Tapi siang dan malam berubah, karaoke di majlis walimahtul urus....bila ditanya, apa tu " KIRA O.K "
2.  Kematian iaitu Tuan Imam dijemput memadikan jenazah dan talkinkan jenazah. Maka berduyun-duyunlah sanak saudara memberi penghormatan terakhir dengan berpakaian hitam dan putih tetapi si isteri pakai selendang tutup rambut di bahagian sahaja. 
Inilah rencam kehidupan sekarang yang sentiasa berubah. Manusia sentiasa berubah, tetapi syariat kekal hingga ke hari kiamat.
Pastikan segala ajaran Islam dipraktikkan dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian semoga kita peroleh hidayah dan maghfirah dariNya. Wallahua'lam.










1 comments: